21 July 2012

Salam Ramadhan


Assalammualaikum
Hi readers and my beloved followers . Salam Ramadhan to all Muslim . Alhamdulilah , tahun ni aku masih bernafas dan dapat merasai bulan Ramadhan tahun ni . Kemarin dekat sekolah sebelum balik ada sedikit ceramah dari orang luar . Tentang bulan Ramadhan . Pastu balik sekolah tu bersalaman dengan cikgu dulu . Lastly dengan kawan-kawan . Semalam aku pergi terawih . Aku berazam nak pergi terawih tiap-tiap hari kecuali aku ABC/PMS . But , can i do it ? Insya Allah . Aku teringin sangat nak pergi terawih tiap-tiap hari tapi ada la punca-punca yang kadang-kadang aku tak pegi tu . Puncanya malas , tak larat dan mengantuk . So , aku kena buang tabiat tu dulu . Harap-harap boleh :D . 


Lepas raya aidilfitri start trial SPM . So , tak perlulah aku berseronok sangat . Hehe . Nanti beraya rumah orang usung buku *bohong ni ! Haha . Ada masa lagi sebulan . Sebulan ke ? Tolak cuti itu ini . Tak sampai sebulan agaknya . Trial ni pun bukan boleh main-main sangat . Wuuuuu , so scared . Kalau boleh aku nak belajar tanpa henti -.- *bohong lagi ! Hehe . Tuition still macam biasa . Cuma bila maghrib berhenti 10 minit untuk bukak puasa dengan makanan ringan macam roti . 


Mesti dah ramai tempah baju raya kan . Ibu aku dah beli kain . Tapi tak pergi tempah lagi . Harap-harap sempatlah . Hihi . Sebab bila dah masuk bulan puasa tempahan mesti full sebab tu orang tak nak terima dah . Takut tak sempat . Okay , sampai sini saja la . Sebelum tu aku nak mintak maaf kalau ada buat salah . Maklumlah manusiakan melakukan kesalahan  :)

15 July 2012

Buat coklat

Assalammualaikum .
Pagi kemarin aku pergi rumah kawan aku tasya . Nak buat coklat punya pasal . Semua tujuh orang yang join . Senang saja pun . Cuma kena beli bahan . Bahan pun guna tak banyak mana sangat . Btw , thnks kepada cikgu :D . 

Kacang badam
Coklat yang macam papan tu , bukan serbuk .
Acuan yang jenis plastik
Didih air kosong/paip . Guna lagi satu periuk untuk letak coklat . Biar dia cair .
Sama macam yang atas jugak .
Buat dua layer . Satu yang coklat strawberry , satu layer lagi coklat koko . Tengah tu letak badam lepas layer bawah keras  .
Tadaaaa . Ni nak bagi dekat cikgu . 
Pastu masak spageti dan makan ramai-ramai .
Kemarin banyak betul aku makan coklat . Orang cakap makan coklat banyak boleh gemuk -.- Lepas ni kena diet ah . Hihi . Okayyy . Bye :)

11 July 2012

Blood test & Urine test


Assalammualaikum
Saya nak bahasakan diri saya guna 'aku' lepas ni . So , sorry kepada yang lebih tua . Lagipun sebelum ni saya dah pernah guna 'aku' cuma tukar jadi saya . Sekarang nak tukar jadi 'aku' balik . Hihi . Kalau rasa nak guna 'saya' nanti tukar balik . Okayyy . Hari Isnin haritu aku balik sekolah awal sebab ayah aku nak bawak aku pergi buat ujian darah dengan urine sekali . So , aku tak makan sebab nak buat ujian darah kena puasa tak pun jangan makan apa-apa  . Masa dekat sekolah nak mintak kebenaran pulang awal punya penat . Nak kena cari cikgu merata tempat .  Bila dah settle surat tu balik ahh .

Ayah aku bawak pergi tempat kerja dia tu . Pastu ada cina perempuan , muka dia macam aku pernah tengok tapi tak tahu kat mana . Dia mintak IC , aku pun bagi lar . Lepas 5 minit tu dia bawak aku pergi satu bilik ni kecil je . Dia pegang perkasas jarum dengan test tube . Aku duduk atas sofa . Dia ikat lengan aku bagi ketat sikit . Pastu dia cari urat dekat lengan aku ni . Cari punya cari jumpak jugak laah . Nak ambil darah kalau silap kena urat nanti jadi macam lebam tahu .

Dah jumpak urat dia sapu dengan kapas dekat tempat tu . Pastu jeng jeng jeng , dia bukak jarum . Aku rasa takut sikit sebab sebelum ni kena cucuk saja bukan kena sedut darah , tapi kali ni nak kena sedut darah . Masa dia mula nak cucuk tu aku tak berani tengok . Haha . Lepas dah cucuk tu rasa macam ada benda tercucuk laa . Hehe . Masa dia sedut darah tu aku tengok laah . Punya laah banyak dia ambil .

Dah habis tu okaylahh , cuma aku rasa tak selesa sikit dekat tempat tu . Then dia bagi bekas dengan penutup pulak . Ni nak ambil urine . Time tu pulak aku tak boleh nak buang air kecil . Dia suruh aku minum air kosong , tapi still tak boleh . Haha . So ayah aku cakap balik rumah saja laah . Buang air kecil dekat rumah . Aku pun balik la dengan bawak bekas tu .

Kemarin result dah keluar . Semua yang lain okay , cuma ada dua hal saja . Apa yang problem tu aku tak nak ah bagi tahu *private . Hihi . Tak ada laa berat sangat problem tu cuma kena jaga-jaga juga tubuh badan kalau tak control , nanti makin teruk pulak . Actually kann aku risau jugak . Wuuuu . But its okayy , kena jaga cara pemakanan dengan elok lagi lepas ni .

Okayyy , takat ni saja . Bye :)

07 July 2012

Freebies : Header - part 5

Assalammualaikum .
Saya nak bagi freebies header . Lamanya tak buat freebies kan . Hari ni rasa rajin pulak nak buat . Hihi . Warna header kali ni semuanya lembut . So tak sesuai untuk lelaki laa . Tapi kalau nak guna apa salahnya . Okayyy , sesiapa yang nak ambil header ni comment ye , nak credit pun boleh jugak . Err , sorry yee kalau nampak tak berapa cantik . Hihi .
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiay9WEn7Uz5kozVdIx-2mdwe7PAnSK-O0bkgZwD_0iY_5tAffJ-YB9EBYQ2iyC1exLTcX8yPPNkT6xemgMucsn7lTpH9ibiX1zfh6cY1Mell69C92cWjCdhrTDSc4OmT8E8oWqoVp6zRM/s1600/freebies1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnbOLCHjBvD-VE0_vTmWL44SJgBNpSPMzMUHqYt2Otk3PoXgxynX4ThUzMnwgzhujYaQ25zivIt57OkOWR-wnE9HL_cbQ6kBdxtsLm-W5GRNRiW-ZOsE4BcvfjxK6RmGtJ1ZMftTZbnhM/s1600/freebies2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYDxt1K7EZx1lK9cyIjq_GOeDZ_z9JgngNhCnYRqw7969VM9b_HPKzIRr8p1fNui4CojkgkgZ9jKD2kda5xvlH_c5XbVWQaD7_cGgNlTxDsSz8Psv7KKMSpmNG8dwKH-CJSR9Hs9eG7OU/s1600/Freebies6.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqz5kMCANxQ49sXGfYe7ZIbtPWfIh7cS6N_aasyCTZZK_TbBS5JcnHH1HlJSxL9tlwNWI6BlV3SYbJ1fMDljiOhZPfLj1iDdxE6xA1BYKgAuUaTubOjFpQ0sNP3dQp7ixRG2SXDRPYRyo/s1600/freebies3.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFGBBhQ976UOqMXHtJF818w5nDoob6kqeMy8h02pG_q_9QuFkRqh9iNDYGtLa5jNw-Q5O9TNtxjl40MyLFO7AG_gg6ZS-L56KqqAhfuGeSeeTrmWdinBnD9Upl73hyoTH-CxUs2fE2Mgw/s1600/freebies4.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlcrT3JF62QVJ7_pz9LF_WMs-NC1V7Hy9naV5QRF-K6eXYkIaP7dxultJDO9iWmBTZQC5Bo_IlMlOuBSlo915HpdD0RatHAE59Y3Ei22_zQhbIzVb1ftZyM0IpOFZgZMt3dfdJXbUH1W8/s1600/freebies5.png

note :
size - 850X350 pixels
transparent

02 July 2012

Sukan Tahunan 2012

Assalammualaikum
Kemarin dulu hari Sabtu sekolah saya buat sukan tahunan kali ke 14 *2012* . Rasanya banyak sekolah buat sukan minggu lepas right ? Lepas habis tu , fuhhhhh lega sangat . Nak kata best tu , best la jugak . Hihi . Buat waktu pagi . Dari pukul 8.30 pagi , habis pukul 1.00 tghri . Saya letak sedikit gambar-gambar hari sukan tu . Yang lain semua dalam facebook . Seblum tu jum follow my twitter >>>> @nurrhafizah

Biru (Satria) | Hijau (Waja) | Merah (Saga) | Kuning (Waja)
Ada Minnie Mouse , Peter Pan , Princess Jasmine pastu rama-rama . Comel je :)





Lari lari lari ! !
Tengok cikgu-cikgu masukkan bola dalam tu . Hihi
Last sekali acara tarik tali .
Me , Sofea , Afiqah & Farhana
Tempat pertama rumah kuning , kedua hijau , ketiga merah dan keempat biru . Yerhhh , biru last ! Asyikkkkk last saja . Entah nak naik tak tahu lahhh . Nasib laa budak baru yang masuk rumah biru ni . Heee . Bagi saya paling best masa sekolah rendah lah . Semangat bila sukan tahunan . Sebab tempat terakhir setiap tahun akan berubah . Tak ada laa rumah tu saja kalah . Okayyy , chow .