26 January 2013

Tips Tingkatkan Trafik Blog



Assalammualaikum
Saya nak share sikit cara-cara nak tingkatkan trafik blog. Banyak cara yang korang boleh buat untuk tingkatkan trafik blog korang.

Rajin update blog
Korang kenalah rajin update blog. Jangan tinggal sampai berbulan-bulan lepas tu update lain. Nanti blog akan jadi 'sunyi' sebab tak ada yang blogwalking. Tulis saja apa yang korang rasa nak cerita ke share ke. Nak lagi bagus sehari 1 entry. Hehe.
Comment entry blogger lain
Ini jugak salah satu cara yang boleh tingkatkan korang punya trafic blog. Bila korang baca entry blogger lain dan comment saja. Sebelum tu baca dulu biar faham entry tu. Korang comment pendek-pendek pun sudah cukup. Sebab cara ni juga tuan punya blog tu akan pergi ke blog korang dan akan comment entry korang balik. Right ? Maybe tak banyak. Btw, kalau orang lain yang baca entry blogger tu dan tengok comment korang dia mungkin akan klik profile korang tu untuk tengok blog korang. So, nak lagi bagus baik comment yang panjang sikit.
Tinggalkan jejak dekat shoutbox
Setiap kali korang blogwalking blog orang, make sure tinggalkan link. Tuan punya blog mesti akan singgah balik blog korang tak pun orang lain yang singgah blog dia lepastu nampak jejak korang dan dia akan singgah pulak blog korang. Cara ni korang mesti kena rajin blogwalking selalu. Biar orang selalu nampak jejak korang tu dekat shoutbox. Tapi kalau yang jenis letak shoutbox tapi hide apa yang korang jejak tu tak bolehlah. Hanya tuan punya blog sajalah yang tahu. 
Join giveawy, contest dan segment
Saya sarankan korang join je bila jumpak giveaway ke contest ke segment ke. Sebab bukan rugi pun. Hihi. Kalau bernasib baik korang boleh menang. Bila korang join mesti ada yang lawat blog korang nak tengok apa yang korang join. Tak gitu? 
Jadi sponsor
Jadi sponsor ni cara yang mudah untuk tingkatkan lagi trafic blog korang. Sebab sudah tentu orang yang nak join giveawy, contest dan segament tu akan follow dan singgah blog korang untuk tengok siapalah sponsornya itukann. Korang boleh sponsor benda yang korang rasa korang boleh buat. Contohnya macam review blog pemenang ke, edit blog ke, bagi cenderamata ke dan apa-apa sajalah yang boleh membuatkan korang jadi sponsor. 
Update blog dan share dalam facebook, twitter, ect.
Bila korang update blog, copy balik link entry korang tu dan sharelah dekat facebook. Lagi bagus kalau dekat group. Sekarang ni kan banyak blogger yang buat group dalam facebook. Share sajalah. Senangkan?
Entry menarik
Okayy, saya pun sedar sometimes entry saya taklah best mana pun kann. Huhu. Tapi saya akan cuba buat entry yang terbaik. Saya nasihatkan dekat diri saya dan korang. Lol. Bila tulis entry tu biarlah best. Buat orang tertarik bila baca. So, dia akan rajin singgah blog korang.
Letak tajuk yang sempoi
Sempoi? Sempoi tu tulislah tajuk yang bagus sikit. Jangan tulis tajuk pelik-pelik. Nanti orang tak berminat nak baca walaupun entry korang best. Maybe? Hehe.
Bloglist
Ni bagus punya cara. Hehe. Bodek-bodeklah kawan korang tu letak blog korang dalam bloglist dia. Hehehe. Cara ni pun bagus tahu. Orang yang singgah blog dia akan nampak blog korang dekat bloglist dia. Kalau tajuk entry korang best mesti dia akan klik link blog korang tu. 
Review blog
Kalau blog korang di review oleh blogger lain mesti trafik mencacak naik tambah-tambah kalau followers blog tu banyak. Nak blog korang di review? Joinlah giveaway. Saya selalu tengok hadiah dari sponsor ada yang buat blog pemenang akan di review. Tak pun cara macam dekat atas, bodek-bodeklah member korang. . Hehe.
Blog yang kemas
Please lah jangan buat blog korang berat. Nak tunggu loading berminit-minit. Kalau loading lambat sangat maybe tak sempat full lagi dia dah tutup blog korang tu. Tak sempat dia nak tengok blog korang yang full gara-gara loading yang lambat. Orang utara cakap 'lengai' Hahaha. Lepas tu bagilah cantik sikit *sedap mata memandang. Tak molek mana pun tak apa, asalkan blog tersusun kemas dan entry best punya. Nak tips cantikkan blog klik sini.
Pertukanran link/banner @exchange
Cara ni korang kena bekerjasama dengan blogger lain. Korang buat satu banner dan tukar dengan blogger lain yang ada banner. Kalau tak ada banner, guna link blog. Tapi rasanya tak ramai yang sediakan ruang untuk link blog berbanding banner. Btw, tak semua blogger sediakan kedua-dua ruang ini ye. Tapi blog saya ada. Nak tukar dengan saya? Klik sini. Cuma banner sahaja ye. 
Buat fanpage
Rasanya tak semua kawan korang ada blog right? So, bila korang buat fanpage ajaklah kawan korang like. Lepas itu, apa yang korang update dekat blog then post dekat fanpage sure kawan korang boleh baca bila dyorang tengok korang update fanpage tu. Saya dah sediakan tutorial. Btw, blog saya dah ada fanpage. Yang belum like tu silalah like. Hehe. 

Okayy, rasanya itu saja. Apa yang saya share ni specially untuk blogger yang baru. Yang blogger lama pun saya nak share jugak tapi rasanya dyorang dah tahu right? Hehe. Apa yang saya share saya sendiri pernah buat. Cara lain pun ada. Macam BUSUK.ORG. Tapi saya tak guna pun. Bye. Assalammualaikum :')

37 ✿:

Lady ★ Hanna said...

oleh itu, hana nak jemput awk join segmen hana okay :) hehe., thanks

Nurhafizah said...

@Aq tetap Aku .. Tengok dah, okay :)

Unknown said...

tips yg menarik ! ! tingkatkan trafic blog !! jangan tingkatkan trafic jln raye yer,, huhuu

Nurhafizah said...

@вʋввℓɛ ρσρƨ Pndai eh dia. Haha

Unknown said...

www.lahcollection.blogspot.com

nanieteukie said...

nice tuto ! Thanks Akak ^.^

Nurhafizah said...

@nanieteukie Sama2 :)

Amanina said...

thanks for the tips pija. dalam banyak banyak nak update entry sekali sehari macam payah je. haha. tapi takpe, mungkin akan diusahakan :D

Nurhafizah said...

@Amanina welcome :D

purple love said...

nice tips :)

Unknown said...

Interestingg . Tak terfikir punn :D

Unknown said...

Interestingg . Tak terfikir punn :D

Nisa said...

thnaks for the tips :D

Nurhafizah said...

@purple love Thanks :)

Nurhafizah said...

@AyeeAtiee♥ Thanks, try la :)

Aliya Diyana said...

Apa kita dapat kalau trafic blog naik?

Atifah Zulkifle said...

nice tips. insyallah akan digunakan ;)

Nurhafizah said...

@Aliya Diyana
Semangat nk blogging bila ada orang lawat blog kita. Hihi.
Sekurang-kurangnya bila kita update blog ada jugak org yg nak baca. Bergntung.

Kalau blogshop, boleh tarik lagi rmai pelanggan.

Nurhafizah said...

@Atifah Zulkifle Tq :)

Nadia Dscarnia said...

Hi! Terima kasih kongsi tips :)
sangat-sangat membantu ^_^

fazlinduddy said...

wallawei! tengs for the smart idea. :)actly,, i was the new blogger,, sp,, i need more idea about it.. tengs a lot. :)

Nurhafizah said...

@Nadia Dscarnia welcome =]

Nurhafizah said...

@fazlinduddy welcome =]

Fadhilah Mn said...

Nice tips. Thank you sebab share :)

Unknown said...

Salam terima kasih kerana berkongsi ILMU

ain izzati said...

salam , thanks untuk tips yang sangat berguna nie . view my blog too pelangiain.blogspot.com tq

Unknown said...

thanks for d info... agak membantu utk bloger br mcm sy...

~~Miss Diela~~ said...

tips yg bagus tuk saya...tq

Unknown said...

semangat je tengok blog orang lain banyak trafik. blog saya ada la juga yang datang melawat, pesakit macam saya maybe.

Unknown said...

Wah,bestnya kan kalau blog kita dpt traffic tinggi.tapi kene usaha lebih la....rajin ye...sama2 kita tingkatkan traffic blog kita...
www.zurarahman.com

Unknown said...

Nice blog..saya dlm proses belajar cara nak tingkatkan traffic...jum singgah blog saya mungkin boleh bagi komen skit pada org baru nih..nway tq dis info.
http://cergas-cantik-ceria.blogspot.com/

Mamaanisshop.com said...

perkongsian yang amat berguna nie..tq2...

Anonymous said...

Nice
http://zasbeauty.blogspot.com/

Unknown said...

tip yg berguna buat akak yang baru berblogging nih...
www.roseazharblogspot.com

Cik Nurul said...

Nice tips!
Cuba jaya :)

Ciktie said...

menarik :>

Trick DRNet said...

terima kasih...
nak full antivirus secara hack...
lawat blog ini:-

http://all-in-1-files.blogspot.com