image : google |
Siapa minat drama korea dekat sini ? *lambai tangan korang tu tinggi-tinggi ! Hihi . Okayy , saya ni minat
Drama ni based on a true story . Fyi , drama ni ada 70 episode tapi bila tengok dekat wikipedia ada 54 episode . Saya tak ingat sangat masa saya tengok tu ada berapa episode. Saya pun tak tahulah macam mana saya boleh follow cerita panjang ni . Saya masih ingat sikit-sikit jalan cerita dia walaupun tengok 8 tahun yang lalu . Serius best . Haha .
Rasanya kali pertama jugalah saya tengok zaman tradisional negara tu . Cara kehidupan dalam istana , pakaian mereka *hanbok , cara masakan mereka , cara perubatan zaman dulu , adab-adab mereka *punyalah sopan-santun . Lepas tu tengok rambut yang perempuan dendan panjang berjela lilit atas kepala *tak berat ke! Haha. Tapi tu palsu saja tu . Bayangkan kalau tak palsu . Hehe .
Saya suka tengok cara kehidupan dalam istana . Tempat dia cantik lepas tu bersih pulak dalam istana tu . Pakaian mereka seragam saja kecuali warna baju . Haha . Bahagian dapur baju warna lain sikit , bahagian pengawal warna lain , bahagian perubatan warna lain . Banyak betul . Lepas tu bila pangkat . Rasanya baju mereka ada ikut pangkat jugak . Bila yang kepala *orang atasan tu baju dia lain dari yang lain . Bila dalam bilik teratur saja kemas . Wuuu , rasa macam nak jejak saja tempat tu . Hehe .
Sinopsis
Kisah ini berlatarbelakangkan Dinasti Joseon semasa pemerintahan Raja Seongjong, Raja Yeonsan-gun (1494-1506) dan Raja Jungjong (1506-1544). Kisah ini bermula dengan ibu putera mahkota Yeonsan-gun diracuni oleh para pengawal istana atas perintah raja pada masa itu.
Selepas kejadian itu, Seo Cheon-su, seorang pengawal yang terlibat dalam pembunuhan itu, pulang ke rumah tetapi dalam perjalanannya mengalami suatu kemalangan. Dia diselamatkan oleh seorang pertapa Tao yang memberitahu dia bahawa hidupnya berputar di keliling tiga wanita: dia akan membunuh wanita yang pertama; dia akan menyelamatkan nyawa wanita yang kedua, dan wanita ketiga akan mengakibatkan kematiannya tetapi akan menjadi penyelamat kepada yang lain. (Wanita-wanita yang dimaksudkan adalah pertama, ibu putera Yeonsang-gun yang dibunuhinya, wanita kedua adalah isteri lelaki tersebut dan ketiga adalah anaknya, Jang Geum). Tekanan jiwa yang dialaminya membuat dia meletak jawatan dari istana.
Di dapur istana pula, Park, seorang perantis dapur, telah menyaksikan sebuah komplot untuk membunuh ibu kepada raja oleh Choi, dan kemudiannya dituduh membuat kesalahan yang tidak pernah dilakukannya dan diberi hukuman menurut cara mereka sendiri. Park diselamatkan oleh Puan Han, kawan baiknya di istana dan kemudian diselamatkan sekali lagi oleh Seo, pengawal istana yang telah meletak jawatan. Kedua-dua Seo dan Park memutuskan untuk tinggal di sebuah kampung yang terpencil dan hidup sebagai petani. Mereka kemudiannya berumahtangga dan melahirkan dan membesarkan seorang anak cilik yang diberikan nama, Seo Jang-geum.
Pada tahun 1504, Raja Yeonsang-gun memerintahkan penyiasatan atas kematian ibunya. Dia mendapat tahu akan tempat sembunyi bekas pengawal Seo dan keluarga, disebabkan juga oleh kesilapan tidak sengaja yang dilakukan oleh si anak kecil Jang Geum. Seo diberkas dan dihukum mati. Jang Geum dan ibunya melarikan diri tapi ibunya dapat diberkas oleh musuh-musuhnya dari dapur istana dan diracuni. Sebelum ibunya meninggal dunia dia memesan kepada Jang Geum untuk menjadi seorang ketua dapur istana supaya dia dapat menulis ketidakadilan yang dilaluinya dalam catatan buku sejarah kaum wanita di dapur istana.
Jang Geum melalui beberapa peristiwa sebelum dia dapat masuk ke istana. Disebabkan ketabahan, bakat, keinginan untuk tahu, dan kerja yang keras, dia telah membantu Puan Han (kawan baik ibunya) untuk menjadi tukang masak utama dalam dapur istana. Dalam istana, Jang Geum telah melalui bermacam-macam cabaran dan sering dijauhkan diri oleh rakan setugas kerana dia lebih bijak dari perantis-perantis yang lain. Walaupun begitu, Jang-geum tidak berputus asa dan dia tekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya kerana dia percaya bahawa tujuan memasak adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesihatan kepada orang yang akan memakan masakan tersebut. Malangnya, sebuah konspirasi yang diketuai oleh Puan Choi dan juga kemanakan perempuannya, Geum-yeong, telah mengakibatkan Jang Geum dan Puan Han dibuang negeri ke pulau Jeju. Semasa di pulau Jeju, Jang Geum bertemu dengan seorang wanita perubatan bernama Jang-deok. Kemahiran Jang-deok dalam bidang perubatan amat terserlah, dan dia sering dipanggil ke istana untuk berkhidmat tetapi Jang-deok menolak setiap tawaran yang dibuat oleh istana.
Jang Geum sedar hanya dengan mempelajari ilmu perubatan saja dapat dia pulang ke istana dan menuntut bela untuk ibunya dan Puan Han. Di bawah bimbingan Jang-deok, dia mempelajari ilmu perubatan.
Drama ni macam ada 3 peringkat . Peringkat pertama permulaan cerita . Yang kedua bila Jang Geum dalam bidang masakan dan peringkat ketiga dalam bidang perubatan . Bahagian bidang masakan tu bila tengok rasa geram saja dekat watak jahat tu . Lol ! Bila dalam bidang perubatan cerita dah nak habis .
Nak tahu lebih detail pasal drama ni klik sini . Okayy , bye :')
13 ✿:
jom follow my blog dear.. :)
awak.... awal thn 2012 pna ada drama korea dgn kisah yg sma... pasl raja yg sma... tjok Dong Yi... and sya sgt gila tgk drama tu... x kn tlpas tgk drama tu wlau satu episod pn... sweet sgt
Cerita korea kedua yg saya tengok. Wuwuwu, best sgt. Hari tu ulang kat tv alhijrah, hihi.
eh,.. tak silap deno cerita ni deno dah tengok!
@hani soffian Dong Yi sy tak tengok pun. Nnt nak tengoklah. Hihi
@Nur Emilya Ye, mmg best. Haha
@deno Wah, deno pun tgk crita ni XD
tag:
http://aliyatralala.blogspot.com/2013/01/mega-exclusive-giveaway.html
@FairyOfMyLove TQ tag :)
wah bestnya bila jumpa orang yg tngok cerita neh masa taon 2005 jugak...saya pown tngok cerita neh masa taon 2005..beza umur saya waktue tue 9 tahun. bayangkan 9 tahun dh reti tngok cerita2 mcm neh. cerita neh best cause ada banyak pengajaran. heroin/watak utama dalam cerita tue sngat tabah. dia role model saya waktu saya kecik2 dulu huhuhuhu. btw saya eksited sebab jumpa orang yg minat tngok cerita neh jugak. hahahaha kbye~
@Minho Hi. Hehe. Ye, mmg best sangat crita.
wah..
aku juga suka nih drama :D
paling lama tapi nggak ngebosenin. hohoho
veraastanti.blogspot.com
Post a Comment