01 January 2013

Hi 2013, Please Be Nice

Assalammualaikum Selamat tahun baru kepada semua followers saya. So, umur pun makin bertambah bukan makin berkurang. Selamat tinggal 2012 yang membawa kenangan paling pahit dalam hidup saya. Pahit sampai tak boleh kunyah apatah lagi telan. Nak lupakan kenangan pahit tu memang tak boleh. Kenangan yang membuatkan saya sedih bila teringat lagi kisah tu. Dugaan yang paling susah saya nak terima. Tapi kena terima jugak. Korang tak payah tahu apa yang berlaku. Yang dah tahu tu please lah buat-buat tak tahu. Hehe. Tapi tak apa. Semua okay dengan adanya Allah disisi kan :) Semuanya ada hikmah dengan apa yang berlaku. Rasa bahagia tu ada jugak. Bahagia bila SPM dah habis. Lol.

"I wish I had a DELETE button in my life. To delete somebody, some memories, and some feelings".

 Hi 2013, selamat datang. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Memang itu yang saya harapkan sangat. Bila dah tahun baru menjelma ni mulalah ramai yang pasang azam. Saya pun ada jugak azam. Hehe. Umur saya sudah 18 tahun. Saya nak belajar berdikari. Acece, dengar macam senangkan? Tapi entah senang ke susah tak tahulah. Lepas tu nak beli novel banyal-banyak. Saya nak mantapkan lagi cara penulisan dalam blog ni. Belajar memasak, tak kiralah masakan apa pun.

Seriously , tahun ni rasa lain sikit sebab tak perlu pergi sekolah. Dulu bila sekolah nak start saja excited betul dengan baju, buku, beg, kasut baru. Tahun ni saya hanya tengok ibu beli barang sekolah untuk adik-adik saja. Rasa lain bila tak kena prepare barang sekolah awal tahun. Rasa lain bila tak kena balut buku padahal tahun sebelum ni mesti balut buku. Rasa lain bila tak perlu iron baju sekolah. Rasa lain bila tak perlu tidur awal untuk bangun pergi sekolah. Haha. Apa-apa pun, tahun 2013 mungkin akan banyak merubahkan kehidupan baru saya.

Okayy. Bye :')

HAPPY NEW YEAR READERS 

4 comments:

Iqa Syafiqa said...

bile usia mningkat dewasa ni, rase rindu nk skolah uh tetibe wujud . . lg2 mase parents blikan brg skolah tuk adik2,, comel jer beli bju skolah,, ksut skolah,, byar yuran ,, rindu sgt zaman prsekolahan =)

Faqihah Husni said...

slamat tahun baru akak.. :))

Miss Lexus said...

zaman persekolahan paling best n paling best. see... dh tertaip 2x.. huhu

cik oggy said...

salam... singgah2 la di blog sy.. hehe & follow back yaa...